
Tanggal 15 December datang lagi menandakan setahun lagi
usiaku bertambah, terasa semakin dekat dengan panggilan
ilahi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, Tuhan
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang yang masih
memanjangkan usia blogger dengan diberikan kesihatan
dan kesejahteraan hidup di dunia yang bersifat sementara
ini. Semoga dengan usia yang dipinjamkan ini, blogger
akan terus berbakti dan menambah saham ke alam abadi
nanti. Tibanya ulangtahun kelahiran ini, menyuntik rasa
keinsafan dalam sanubari ini dan blogger tertanya-tanya
apakah yang sudah dilakukan sepanjang usia mudaku ini?
Dan berapa tahun lagi berbaki sebelum gugurnya daun
yang tertulis namaku?
Rasulullah S.A.W telah bersabda di dalam Hadith Riwayat
at-Tarmizi "Ada 4 perkara yang akan ditanya oleh Allah
di Hari Akhirat ialah tentang Masa, Harta, Diri dan Usia”.
Masa - Kemanakah masa muda kamu dihabiskan ?
Harta - Dari mana diperolehi dan kemanakah dibelanjakan?
Diri - Bagaimana diri kamu sepanjang hidup ini ?
Usia – Apakah yang kamu lakukan semasa hidup di dunia ?
Terima kasih kepada sahabat-sahabat, teman-teman yang
menghantar SMS dan Testimoni ucapan sejahtera buatku.
Semoga diberkati oleh Allah hendaknya. Ameen.