
Lakaran artis menunjukkan model projek memperindah tebing
Sungai Kelantan dan pembinaan semula serta memperbesarkan
Jeti Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kelantan bagi mengganti
-kan Jeti lama bersebelahan Tambatan D'Raja dan Ridel Hotel
Avenue. Kontraktor dilantik ialah Pacific Elite Sdn. Bhd. Imej-
imej terbaru menunjukkan kerja-kerja asas pembinaan Jeti
Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kelantan telah bermula
pada Disember 2009 dan dijangka siap sepenuhnya
penghujung Disember 2010.
Imej dari Bangunan Kastam (lama) menghala ke arah Ridel
Hotel menunjukkan kerja-kerja menanam cerucuk sedang
giat dijalankan.
Imej Dari Tambatan D'Raja menghala ke arah Ridel Hotel.
Imej dari Ridel Hotel Avenue menghala ke Tambatan D'Raja.
Apa yang blogger dapat simpulkan, rakyat Kelantan umumnya
amat mengharapkan satu bentuk pembangunan syumul dan
tidak hanya tertumpu kepada motif pembangunan fizikal
semata-mata tanpa meletakan aspek kerohanian sebagai
asas dalam mentarbiah rakyat Kelantan agar mereka
mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
P/S: sekadar tambahan: (Harus diingat bahawa projek ini
ber'tag'kan "...Satu Lagi Projek Kerajaan..." di bawah satu
kementerian iaitu Kementerian Pelancongan... diharapkan
projek ini tidak menjadi projek 'White Elephant' seperti
projek Jambatan Sultan Yahya Petra ke-2 yang juga di'tag'
"... Satu Lagi Projek Dibawah Kerajaan..."... Jangan jadikan
ia sebagai gula-gula politik! Kerana rakyat Kelantan tidak
mudah untuk 'disusukan'...)