Setelah hampir satu abad berlalu, struktur seni bina gaya Greco Roman yang
terdapat di Bandar Kota Bharu masih utuh dan tersergam indah walaupun
setelah beberapa kali dibuat renovasi dan penambahbaikan. Bangunan-
bangunan lama ini yang dibina semasa era penjajahan British secara
tidak langsung di Tanah Melayu khususnya di Kelantan sekitar 1900
hingga 1940 menampakkan kesan dan tinggalan sehingga ke hari ini.
Selain dari tinggalan rumah-rumah kedai, tidak ketinggalan adalah
senibina Bank Kerapu dan juga Masjid Muhammadi yang mempunyai
ciri-ciri langsung senibina Inggeris dan Greco-Roman. Kesan
tinggalan sejarah ini memungkinkan anak-anak kita dimasa hadapan
untuk melihat kesan fizikal penjajahan Inggeris di Kelantan
terutamanya di pusat bandar Kota Bharu yang masih teguh
walau berabad lamanya.
Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu memandangkan
fungsi asalnya adalah sebagai sebuah bank perdangangan. Digelar ‘kerapu’
kerana keadaan dindingnya tidak licin dan menggerutu. Di bina dalam
tahun 191 dan digunakan sebagai sebuah bank iaitu The Mercantile
Bank of India Ltd. Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1945,
bangunan ini dijadikan sebagai ibu pejabat kempetai (polis rahsia) Jepun.
Selepas perang, bangunan ini digunakan semula sebagai sebuah bank.
Pada tahun 1981, tingkat atas bangunan ini dijadikan sebagai Balai
Seni Lukis manakala tingkat bawah merupakan Dewan Kraftangan.
Fungsi bangunan bertukar pada tahun 1992 apabila ia dijadikan
sebagai sebuah memorial. Memorial yang dinamakan Memorial
Peperangan Dunia Kedua di Kelantan ini telah dirasmikan oleh
KDYMM Sultan Kelantan pada tahun 1994. Bahan-bahan yang
dipamerkan artifak serta gambar-gambar mengenai Peperangan
Dunia Kedua.
Masjid ini dibina pada tahun 1867 daripada kayu yang terpilih di zaman
pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 hingga 1886). Pengubahsuaian
masjid ini daripada bangunan kayu kepada bangunan batu telah dibuat
pada tahun 1922 dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada
Hari Jumaat 31 Julai 1931 serta dinamakan Masjid Muhammadi
(nama asalnya adalah Masjid Besar Kota Bharu).